Perihal Batu Permata ( Gemstones ) Secara Umum

Terdapat lebih dari 3000 batuan `mineral' di dunia ini, tetapi hanya lebihkurang 50 jenis batuan `mineral' sahaja yang biasa dugunakan sebagai batu permata. Antara permata yang paling top adalah Zamrud (Emerald), Delima (Ruby), Nilam (Sapphire) dan Berlian (Diamond)...
Yang paling penting, ianya cantuk dan mempunyai warna yang menarik. Ketahanan calar dan retak juga amat penting. Namun batuan `rare' atau yang jarang serta sukar ditemui' menjadi pilihan para peminat dan pencincta batu permata atau lebih dikenali sebagai `collector'. Batuan `rare' mampu memberi kepuasan yang tersendiri kepada pemiliknya.
Dengan kebijaksanaan akal manusia, kini terdapat batu dan permata `Synthetics' dan `Imitations'. Ianya juga cantik dan berharga. Namun batu dan permata `Nutural' tetap menjadi pilihan dan perhatian para `collector' dan pencinta batu dan permata, walau ianya adalah sekadar Batu Bukit (Quartz), Akek (Agate), Firus (Turquoise) atau Jarum Mas (Rutilled).

Friday, 7 October 2011

Delima (Ruby)

contoh cincin yang dah siap
dengan batu delima (ruby) jenis `opaque'
contoh cincin batu delima star

contoh cincin delima burma

Delima (Ruby) biasanya dikenali dengan warna merah, yang mempunyai komposisi asas`aluminium oxide', dengan kekerasan (hardness) 9 pada skala Mohs yang mempunyai komposisi "corundum", turut dikenali sebagai raja batu permata (King of Germstones) atau dalam bahasa Sanskrit nya, "ratnaraj". Delima (Ruby) yang terbaik dilombong di Negara Burma(Myammar). Namun begitu, Thailand & Vietnam serta Timur Afrika juga terdapat lombong batu tersebut. Nilai delima (ruby) biasanya ditentukan oleh warna merahnya dimana warna merah yang terbaik dikenali sebagai "Pigeon Blood ", iaitu Merah Darah Burung Merpati. Walaubagaimana pun ada juga jenis delima star (star ruby), yang dinilai pada `star' nya yang tajam dan sempurna. Disamping itu potongan (shape @ cut) serta kejernihan (clearity) juga penting.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...